3 CIRI-CIRI SCAMMER PENJUAL SARI OR SAREE NAK DEKAT RAYA

3 CIRI-CIRI SCAMMER PENJUAL SARI OR SAREE NAK DEKAT RAYA

Sejak awal pertubuhan Sarieyz, ramai menghentam kami disebabkan kita menjual baju yang sama dengan scammer. Semakin nak dekat raya semakin meningkat scammer di luar sana. Sebab tu, sebelum membeli tolong check ciri-ciri sebelum melakukan transaksi supaya tidak menyesal di kemudian hari.

 Mudah saja nak bezakan scammer dengan genuine seller mari kita lihat 3 ciri-ciri scammer di bawah :

1) Update post tak sampai 20 di Facebook/Instagram

Kebiasaan ini mudah sangat kita boleh track sebab biasanya scammer ni nak buat kerja cepat. Jadi semua caption berunsur hardselling atau terus saja letak tag harga.

2) Harga lebih murah RM100-RM150

Bagi pembuatan sari bermula dari kain sampai ke Malaysia sehingga persiapan sepasang baju bukanlah kerja mudah dan bukan la murah. Antara kos-kos yang korang boleh tengok seperti di bawah :

  • Kos kain di India
  • Kos shipping ke Malaysia
  • Kos penghantaran ke kilang
  • Kos lining 
  • Kos barang jahitan
  • Kos tailoring
  • Kos design

Jadi, korang boleh nilai sendiri :)


3) Push payment melalui Whatsapp

Korang akan perasan mereka ni rajin push korang untuk buat payment segera dalam tempoh sejam atau push setiap minit untuk buat bayaran. Haa, berhati-hati anda kemungkinan besar akan kene block selepas buat bayaran.

Sekiranya anda dapat kesan ciri-ciri di atas, korang boleh check di website https://scam.my/ atau website yang boleh check scammer sebelum buat apa-apa transaksi.

Okey? Jangan terburu-buru tapi yang pasti dengan kami di Sarieyz pastinya korang takkan kene SCAM hehe.